Rabu, 15 Oktober 2014
Rabu, 1 Oktober 2014
HABBATUL BARAKAH SYIFAIE: KOS YANG RENDAH UNTUK MERAWAT PENYAKIT
Rahsia kesembuhan di dalam habbatus sauda ialah dengan pengambilan yang berterusan dan dalam dos yang mencukupi. Ia mesti diamalkan secara berjadual dan konsisten. Bergantung kepada penyakit, biasanya penyakit akan sembuh dari 3 bulan sehingga 1 tahun.
Bagi mereka yang berpenyakit seperti kencing manis contohnya, untuk mendapatkan kesan yang baik, ambillah 3-6g (6-12 biji softgel Habbatul Barakah Syifaie) minyak habbatus sauda sehari dengan masa yang dijarakkan dengan sekata. Contohnya makan 1g minyak habbatus sauda setiap 4 jam. Jadi, dalam masa 24 jam kita akan memakan sebanyak 6g (12biji softgel Habbatul Barakah Syifaie) minyak habbatus sauda.
Saudara dicadangkan mengambil minyak dan bukannya biji habbatus sauda kerana minyak lebih mujarab (potent) dari biji. Untuk 6g minyak habbatus sauda, saudara mungkin perlu memakan sekurang-kurangnya 6 sudu teh biji habbatus sauda. Persoalannya, mampukah saudara berbuat begitu. Saya fikir tidak.
Habbatus sauda dalam bentuk bijian tidak kurang juga pentingnya. Ia juga mengandungi banyak khasiat. Saya syorkan saudara juga makan sekurang-kurangnya satu sudu teh biji habbatus sauda untuk satu hari.
Sekiranya saudara tidak berpenyakit, dan ingin mencegah dari mendapat penyakit, dos habbatus sauda yang diperlukan tidaklah tinggi. Dos serendah 500mg hingga 1000mg sehari lebih dari mencukupi iaitu bersamaan 1-2 biji softgel Habbatul Barakah Syifaie. Saya syorkan makan 500mg minyak habbatus sauda untuk dua kali sehari, iaitu pagi dan petang.
Pengambilan habbatus sauda secara berterusan akan membunuh kuman-kuman di dalam badan anda secara perlahah-lahan. Ia juga akan membuang toksik dan bahan-bahan kimia dari tubuh anda dengan kadar yang lebih banyak dari kebiasaan. Oleh itu saudara digalakkan untuk bersenam sehingga mengeluarkan peluh yang banyak bagi membantu mengeluarkan bahan-bahan beracun tersebut. Dan semestinya juga anda meminum air mineral dengan banyak, minimum 2L sehari.
KOS YANG RENDAH UNTUK MERAWAT PENYAKIT
Pengambilan minyak habbatus sauda di dalam diet saudara adalah langkah kesihatan yang paling bijak. Ia adalah "value for money". Ia adalah suplemen yang amat murah berbanding dengan kemujarabannya. Kos untuk mencegah penyakit dan mendapatkan kesihatan yang optimum ialah dari RM1.20sen sehari atau RM36.00 sebulan.
Untuk merawat penyakit, saudara hanya perlu berbelanja sebanyak dari RM108.00 hingga RM216.00 sebulan. Apa yang menyeronokkan ialah nabi jamin habbatus sauda sebagai ubat dan penawar. Tapi ingat, dia tak jamin kesembuhan kerana kesembuhan itu datangnya dari Allah. Tapi dalam banyak hal, melalui pengalaman, bila kita makan Habbatus Sauda, kita akan bertambah sihat.
Langgan:
Catatan (Atom)
THYME: mengenali apakah tumbuhan ini serta khasiatnya
Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan un...

-
Puan Aishah binti Lazim 73 tahun , warga emas- mengalami masalah kurang bertenaga. Selepas mencuba Kapsul Minyak Habatus Sauda, beliau ...
-
• ANDA MEMPUNYAI SIMPTOM DEMAM, BATUK ATAU SELESEMA? • ANDA BEKERJA DALAM KEADAAN SEJUK? • ANDA MEMPUNYAI ANAK YANG SUKAR MEMAKAN UBAT...
-
Habbatus Sauda & Khasiatnya Jintan hitam atau Habbatussauda adalah herba yang dapat digunakan sebagai tanaman ubat. Rempah ini berb...