Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari
350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan
untuk pelbagai tujuan di sepanjang kurun. Pada zaman pertengahan, thyme telah
dianggap sebagai tumbuhan yang dapat memindahkan keberanian dan kecergasan.
Orang Rom kuno menganggap ia sebagai ramuan untuk kesugulan.
Thyme yang telah dicampurkan bersama bunga mawar sering
dijadikan pewangi rumah oleh orang Rom pada zaman kuno. Malah orang Greek telah
menggunakan thyme sebagai colok wangi, manakala orang Rom pula telah menambah
thyme dalam keju dan minuman beralkohol mereka.
Walau apa kegunaan thyme, herba ini merupakan herba yang
penuh dengan pelbagai fitozat, mineral dan vitamin yang amat baik untuk
kesihatan tubuh badan. Termasuk dalam salah satu tumbuhan herba masakan yang
popular, thyme berasal dari kawasan selatan Eropah dan Mediterranean.
Ia tergolong dalam keluarga limiaceae daripada genus thymus.
Biasanya herba ini amat popular digunakan sebagai bahan perasa dalam kebanyakan
resipi Itali, Macedonian, Greek, Perancis dan Sepanyol. Rasanya tidak terlalu
kuat dan boleh bercampur dengan bahan-banan herba dan rempah lain. Ciri-ciri
rasanya adalah berikutan dengan sejenis kimia yang dikenali sebagai thymol yang
terdapat di dalamnya.
Thyme digunakan secara meluas dalam bidang masakan. Herba
ini adalah bahan asas dalam masakan Levantine (Lubnan, Syria, Palestin Jordan,
Israel), Libya, India, Itali, Perancis, Albania, Parsi, Portugis, Asyur,
Sepanyol, Greek, Nigeria, Caribbean, dan masakan Turki. Thyme sering digunakan
untuk masakan daging, sup dan stew. Ia juga sering digunakan sebagai perisa
utama dalam masakan kambing, tomato dan telur.
Dikenali juga sebagai thymus vulgaris, herba thyme adalah
sejenis tumbuhan kecil. Daunnya kecil manakala bunganya berwarna dari merah
jambu sehinggalah ungu. Varieti thyme yang biasanya banyak ditanam juga adalah
seperti lemon thyme (t.x citriodora), caraway thyme (t. herba barona) dan wild
thyme (t. septyllum). Tidak kiralah sama ada daun ataupun putik bunganya, segar
atau kering, banyak digunakan untuk tujuan masakan.
Thymol yang ditemui dalam thyme adalah salah satu minyak
pati yang secara saintifiknya mengandungi ciri-ciri antiseptik dan antikulat.
Minyak meruap lain yang terdapat dalam thyme termasuklah carvacolo, borneol dan
geraniol.
Thyme mengandungi banyak antioksidan flavonoid fenolik
seperti zeaxanthin, lutein, pigenin, naringenin, luteolin dan thymonin. Herba
thyme segar memiliki salah satu tahap antioksidan tinggi di kalangan
herba-herba lain. Ia juga dikatakan kaya dengan mineral dan vitamin yang baik
untuk kesihatan.
Daunnya penuh dengan sumber potassium, besi, kalsium,
mangan, magnesium dan selenium. Potassium adalah komponen penting bagi sel dan
cecair tubuh yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
Mangan pula telah digunakan oleh tubuh sebagai co-faktor
untuk antioksidan enzim superoksida dismutase. Besi pula diperlukan untuk
pembentukan sel darah merah. Herba ini juga turut kaya dengan banyak sumber
vitamin penting seperti vitamin B kompleks, beta karotena, vitamin A, vitamin
K, vitamin E, vitamin C dan asid folik.
Membantu masalah pencernaan
Kebaikan thyme memang banyak. Antaranya kandungan antikulat
dalam thyme membuatkan herba ini boleh dijadikan pencuci kawasan yang
dijangkiti dengan jangkitan kulat pada kuku. Kandungan antiseptik thyme pula
telah menjadikan daunnya yang telah dihancurkan sesuai sebagai ubat tampal pada
luka. Ðikatakan apabila herba ini dimakan secara mentah, mampu membantu masalah
pencernaan. Ia mampu merehatkan otot dan mencegah pembentukan angin dalam
sistem.
Disebabkan thyme memiliki tindakan antispamodik, bermakna ia
amat berguna untuk wanita yang menderita sakit ketika haid. Dalam amalan
tradisional di Jamaica, teh thyme diberikan kepada ibu selepas melahirkan bayi.
Kesan oxytocin dikatakan akan menggalakkan pengecutan rahim dan pengeluaran
plasenta dengan segera, secara semulajadi.
Membantu sistem pernafasan
Herba thyme yang telah dijadikan teh pula amat baik diminum
oleh mereka yang mengalami sakit tekak atau selsema. Ia juga dikatakan berguna untuk mengurangkan
inflamasi pada sistem pernafasan. Herba ini juga boleh dicampurkan dalam air
panas dan digunakan dalam rawatan wap untuk membersihkan laluan udara ketika seseorang
itu mengalami selesema, masalah bronkial dan mengatasi gejala demam. Teh thyme
juga dikatakan dapat mengatasi masalah pencernaan.
Merawat
kemurungan dan tekanan
Ada juga yang menggunakan thyme untuk merawat kemurungan dan
tekanan. Minyak pati herba thyme
turut boleh digunakan untuk menaikkan mood dan menenangkan mereka yang sedang
mengalami tekanan.
Hilangkan
lenguh-lenguh badan
Selain itu, thyme juga boleh dimasukkan ke dalam air panas yang digunakan sebagai air mandian untuk melegakan sakit lenguh-lenguh pada badan. Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan herba thyme, namin bagitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
UNTUK MENDAPATKAN KHASIAT THYME DENGAN CARA YANG MUDAH, KAMI SEDIAKAN QOF DROP UNTUK ANDA YANG MANA THYME ADALAH DI ANTARA BAHAN UTAMA
Nak tahu lebih lanjut?
Sila hubungi 019-3120203
Tiada ulasan:
Catat Ulasan