Isnin, 26 September 2016

Alzheimer: Boleh menyerang seawal 30 tahun

Pagi tadi terdengar sebuah temubual di sebuah saluran TV yang membincangkan berkenaan Alzheimer. Satu perkara yang amat menggerunkan kita apabila tanda-tanda ini sebenarnya ada pada sebahagian kita. Namun kita kadang-kadang memandang rendah terhadap perkara ini kerana mungkin kita merasakan ia hanyalah faktor usia.


Alzheimer sebenarnya boleh menyerang seseorang bermula dari umur 30 tahun bergantung pada kondisi tubuh dan faktor genetik. Antara faktor penyumbang kepada penyakit Alzheimer ialah :


1. Usia
Penderita Alzhaimer biasanya diderita oleh orang yang berusia lebih dari 65 tahun, tetapi juga dapat menyerang orang yang berusia dibawah 40. Sedikitnya 5 persen orang berusia di antara 65 dan 74 memiliki Alzheimer. Pada orang berusia 85 keatas jumlahnya meningkat menjadi 50 persen.

2. Keturunan
Risiko Alzheimer yang muncul sedikit lebih tinggi jika hubungan keluarga tingkat pertama – orangtua dan saudara sekandung - memiliki Alzheimer.

3. Jenis kelamin
Wanita lebih mudah terkena daripada laki-laki, hal ini karena umumnya wanita hidup lebih lama daripada laki-laki.

4. Gaya hidup
Faktor sama yang membuat anda berada pada risiko yang sama dengan penyakit jantung juga meningkatkan kemungkinan anda akan terkena penyakit Alzheimer. Contohnya adalah:

Tekanan
Tekanan darah tinggi
Kolestrol tinggi
Kandungan gula yang tinggi

--------------------------------------------------------


10 Tanda awal yang sering berlaku kepada pengidap Alzheimer ialah:

1. Mudah lupa atau hilang ingatan
Ini merupakan tanda awal bagi penyakit Alzheimer di mana seseorang itu lupa perkara atau peristiwa yang baru saja berlaku, lupa nama orang, lupa tarikh atau peristiwa penting, bertanyakan maklumat yang sama berkali-kali, bergantung kepada catatan/alat/memo atau peringatan daripada ahli keluarga untuk mengingati sesuatu perkara atau temujanji.

2. Sukar membuat dan mengikut perancangan atau menyelesaikan masalah
Ini berlaku kerana pengidap Alzheimer mempunyai kurang daya tumpuan terhadap kerja yang dilakukannya.

3. Sukar menyelesaikan kerja-kerja harian biasa di rumah, di tempat kerja atau di tempat-tempat lain.
Contohnya: Seseorang itu mengalami masalah menggunakan ketuhar mikro, masalah memandu kereta ke tempat biasa, sukar menguruskan kewangan di tempat kerja, sukar mengingati peraturan bagi sesuatu permainan (games), dsb.

4. Keliru dengan masa dan tempat
Pengidap Alzheimer sering keliru dengan tarikh, musim atau apa-apa yang berkaitan dengan masa dan angka, atau kadang-kadang keliru atau lupa bagaimana ia boleh sampai di sesuatu tempat.

5. Masalah memahami imej gambar atau masalah penglihatan
Mereka juga mungkin sukar membaca, menganggarkan jarak dan menentukan warna, tidak mengenali bayangan sendiri dalam cermin kerana disangkanya orang lain.

6. Masalah mencari perkataan yang tepat semasa bercakap atau menulis
Mereka ini sering menghadapi masalah kosa kata, dengan itu mereka sukar untuk mencari perkataan yang tepat bagi meluahkan fikirannya sama ada dalam percakapan atau tulisan. Mereka juga menghadapi masalah mengikuti atau terlibat dalam sesuatu perbincangan atau perbualan. Mereka juga mungkin tiba-tiba berhenti semasa tengah bercakap dan menghadapi masalah untuk menyambungnya kembali. Mereka juga sering salah memanggil nama sesuatu benda.

7. Lupa tempat letak barang dan tidak dapat mengingati kembali peristiwa sebelum itu
Contohnya: Lupa tempat letak cermin mata, kunci, meletakkan sesuatu barang di tempat yang tidak wajar, dsb. Akhirnya, lupa nama ahli keluarga dan benda yang biasa digunakan setiap hari.

8. Kurang/lemah pertimbangan dalam penilaian sesuatu perkara
Ini menyebabkan pengidap penyakit Alzheimer membuat keputusan yang kurang bijak atau memudaratkan, terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan, dsb.

9. Mengasingkan diri daripada bersosial atau aktiviti sosial
Pengidap Alzheimer ini mula mengasingkan diri atau berhenti daripada melakukan aktiviti-aktiviti sosial, aktiviti kemasyarakatan, sukan, dsb. yang menjadi kegemarannya sebelum itu.

10. Perubahan mood dan personaliti
Berlaku perubahan dan mula membuat rutin atau cara khusus bagi sesuatu perkara dan berasa tidak senang apabila rutinnya diganggu. Juga berlaku perubahan hati dan sikap, menjadi keliru, berprasangka, hilang kepercayaan kepada orang lain, kemurungan, gelisah, takut, agresif, mudah terasa dan merajuk jika tidak kena dengan caranya, sikap keras kepala, dsb.


PENCEGAHAN

Antara cara pencegahan ialah mengambil makanan yang mengandungi antioksidan di samping senaman dan penjagaan makan.

Antara makanan yang mengandungi antioksidan ialah KISMIS. KISMIS merupakan sumber antioksidan yang patut kita pilih. Nilai ORAC kismis sebesar 2830.

Ini merupakan cara yang dianjurkan melalui sebuah laman iaitu penyakitalzheimer.com dan beberapa laman web lain yang turut menyokong cara mencegahan ini.

LIfeDeli Premium Goat's Milk



Oleh itu kami di Syifaie memilih KISMIS sebagai salah satu ramuan untuk LifeDeli Premium Goat’s Milk bagi mendapatkan khasiat yang baik bukan hanya untuk kanak-kanak tetapi ia juga merupakan minuman yang sangat baik untuk golongan dewasa.


Rujukkan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THYME: mengenali apakah tumbuhan ini serta khasiatnya

Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan un...