Memaparkan catatan dengan label Habbatus sauda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Habbatus sauda. Papar semua catatan
Isnin, 18 April 2016
Habbatus Sauda: Dari minda Seorang Doktor
HBS sebagai makanan tambahan( supplement ).
Sebelum mengenali Habbatus Sauda sekiranya pesakit saya bertanyakan perihal makanan tambahan maka dengan kadar segera saya menyarankan berbagai-bagai jenis vitamin yang sedia ada di kedai-kedai farmasi-farmasi. Ini termasuklah vitamin pelbagai (multivitamin), vitamin C, Vitamin B kompleks dan lain-lain yang kebanyakkan melalui proses kimia sintesis.
Walaubagaimana persepsi saya berubah sedikit demi sedikit setelah saya mengenali beberapa jenis makanan semulajadi termasuk Habbatus Sauda, madu, halba, propolis, ginseng dan lain-lain. Semua jenis makanan ini saya kategorikan sebagai makanan berfungsi tinggi ( functional food ). 2013
Makanan berfungsi berdasarkan takrifan adalah kumpulan makanan bernutrisi tinggi yang menyediakan zat nutrien melampui makanan biasa dan Habbatus Sauda termasuk di dalam kategori ini. Contoh komponen yang berfungsi khusus kepada Habbatus Sauda adalah kumpulan nigellone dan thymoquinone. Komponen-komponen makanan berfungsi ini selalunya akan sentiasa dikaji oleh para saintis untuk tujuan perubatan khusus dan kesihatan umum.
Adakah Habbatus Sauda sesuai untuk dijadikan makanan tambahan? Jawapan saya sudah tentu.
Di topik seterusnya saya cuba meringkas sebahagian dari kajian yang telah dilakukan terhadap biji-biji hitam ini. Selepas itu para pembaca buatlah penilaian sendiri samada baik atau tidak menjadikan Habbatus Sauda sebagai asas pemakanan tambahan.
Saya mengambil lebih kurang 500 miligram ke 2 gram sehari Habbatus Sauda sebagai ikthiar untuk kekal sihat disamping mengamalkan cara pemakanan yang baik. Saya pernah memakan Habbatus Sauda dalam bentuk kapsul minyak, kapsul serbuk dan juga minyak Habbatus Sauda yang boleh di minum terus.
Saya pernah mengunyah biji-biji hitam dan rasanya pahit dan sedikit pedas. Buat masa ini saya masih belum mencuba mencampurkannya dengan makanan. Saya juga mengamalkan pengambilan sesudu madu yang dicampurkan segelas pada setiap pagi selain makanan sunnah lain yang baik untuk kesihatan.
Dipetik dari buku: HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR
REMPAH - Dr Zulkifli Mohamed Sharif
Rabu, 1 Oktober 2014
HABBATUL BARAKAH SYIFAIE: KOS YANG RENDAH UNTUK MERAWAT PENYAKIT
Rahsia kesembuhan di dalam habbatus sauda ialah dengan pengambilan yang berterusan dan dalam dos yang mencukupi. Ia mesti diamalkan secara berjadual dan konsisten. Bergantung kepada penyakit, biasanya penyakit akan sembuh dari 3 bulan sehingga 1 tahun.
Bagi mereka yang berpenyakit seperti kencing manis contohnya, untuk mendapatkan kesan yang baik, ambillah 3-6g (6-12 biji softgel Habbatul Barakah Syifaie) minyak habbatus sauda sehari dengan masa yang dijarakkan dengan sekata. Contohnya makan 1g minyak habbatus sauda setiap 4 jam. Jadi, dalam masa 24 jam kita akan memakan sebanyak 6g (12biji softgel Habbatul Barakah Syifaie) minyak habbatus sauda.
Saudara dicadangkan mengambil minyak dan bukannya biji habbatus sauda kerana minyak lebih mujarab (potent) dari biji. Untuk 6g minyak habbatus sauda, saudara mungkin perlu memakan sekurang-kurangnya 6 sudu teh biji habbatus sauda. Persoalannya, mampukah saudara berbuat begitu. Saya fikir tidak.
Habbatus sauda dalam bentuk bijian tidak kurang juga pentingnya. Ia juga mengandungi banyak khasiat. Saya syorkan saudara juga makan sekurang-kurangnya satu sudu teh biji habbatus sauda untuk satu hari.
Sekiranya saudara tidak berpenyakit, dan ingin mencegah dari mendapat penyakit, dos habbatus sauda yang diperlukan tidaklah tinggi. Dos serendah 500mg hingga 1000mg sehari lebih dari mencukupi iaitu bersamaan 1-2 biji softgel Habbatul Barakah Syifaie. Saya syorkan makan 500mg minyak habbatus sauda untuk dua kali sehari, iaitu pagi dan petang.
Pengambilan habbatus sauda secara berterusan akan membunuh kuman-kuman di dalam badan anda secara perlahah-lahan. Ia juga akan membuang toksik dan bahan-bahan kimia dari tubuh anda dengan kadar yang lebih banyak dari kebiasaan. Oleh itu saudara digalakkan untuk bersenam sehingga mengeluarkan peluh yang banyak bagi membantu mengeluarkan bahan-bahan beracun tersebut. Dan semestinya juga anda meminum air mineral dengan banyak, minimum 2L sehari.
KOS YANG RENDAH UNTUK MERAWAT PENYAKIT
Pengambilan minyak habbatus sauda di dalam diet saudara adalah langkah kesihatan yang paling bijak. Ia adalah "value for money". Ia adalah suplemen yang amat murah berbanding dengan kemujarabannya. Kos untuk mencegah penyakit dan mendapatkan kesihatan yang optimum ialah dari RM1.20sen sehari atau RM36.00 sebulan.
Untuk merawat penyakit, saudara hanya perlu berbelanja sebanyak dari RM108.00 hingga RM216.00 sebulan. Apa yang menyeronokkan ialah nabi jamin habbatus sauda sebagai ubat dan penawar. Tapi ingat, dia tak jamin kesembuhan kerana kesembuhan itu datangnya dari Allah. Tapi dalam banyak hal, melalui pengalaman, bila kita makan Habbatus Sauda, kita akan bertambah sihat.
Isnin, 28 April 2014
Isnin, 3 Mac 2014
Khasiat Habbatul Barakah
Khasiat Habbatul Barakah / Habbatus Sauda

- Mengawal Kolestrol dan Kadar GULA dalam darah

- Memberi Tenaga
Keletihan,
sakit-sakit badan, mudah mengantuk
- Meningkatkan IMUNISASI
Mengelakkan dari
jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk
pengidap AIDS pesakit kanser, penyakit berkenaan
ketahanan badan, membantu melawan penyakit
- Anti Inflamasi
Mengurangkan bengkak
dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit
kuliteczema
(radang kulit) dan arthritis (bengkak
sendi)
- Saluran Pernafasan
Melegakan saluran
pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)
- Anti Histamin
Mencegah cetusan
histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang
mempunyai
alahan kepada makanan
(makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
- Anti Bakteria
Mengelakkan dari
jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk
kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi
masalah bau mulut, tonsi
- Anti Arthritis
Lihat Anti Inflamasi
- Penyakit Wanita
Membetulkan putaran
haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan
- Merawat Saluran Perkumuhan
Merawat jangkitan
pundi kencing, melawaskan perkumuhan
- Anti Parasit
Membunuh cacing
dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)
- Meningkatkan Daya Ingatan
Mempunyai asid omega
6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan
- Merawat Tenaga Batin
Impotensi,
meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
- Mengecutkan KETUMBUHAN (Anti – Tumor)
Sesuai untuk mereka
yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain
Langgan:
Catatan (Atom)
THYME: mengenali apakah tumbuhan ini serta khasiatnya
Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan un...
-
• ANDA MEMPUNYAI SIMPTOM DEMAM, BATUK ATAU SELESEMA? • ANDA BEKERJA DALAM KEADAAN SEJUK? • ANDA MEMPUNYAI ANAK YANG SUKAR MEMAKAN UBAT...
-
Puan Aishah binti Lazim 73 tahun , warga emas- mengalami masalah kurang bertenaga. Selepas mencuba Kapsul Minyak Habatus Sauda, beliau ...
-
Untuk membuat pembelian, sila lawati website kami di: www.syifaie.com KEMUDIAN IKUT LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH: 1. Pilih produk ya...



