Memaparkan catatan dengan label syifaie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syifaie. Papar semua catatan

Rabu, 19 April 2017

THYME: mengenali apakah tumbuhan ini serta khasiatnya


Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan untuk pelbagai tujuan di sepanjang kurun. Pada zaman pertengahan, thyme telah dianggap sebagai tumbuhan yang dapat memindahkan keberanian dan kecergasan. Orang Rom kuno menganggap ia sebagai ramuan untuk kesugulan.

Thyme yang telah dicampurkan bersama bunga mawar sering dijadikan pewangi rumah oleh orang Rom pada zaman kuno. Malah orang Greek telah menggunakan thyme sebagai colok wangi, manakala orang Rom pula telah menambah thyme dalam keju dan minuman beralkohol mereka.
Walau apa kegunaan thyme, herba ini merupakan herba yang penuh dengan pelbagai fitozat, mineral dan vitamin yang amat baik untuk kesihatan tubuh badan. Termasuk dalam salah satu tumbuhan herba masakan yang popular, thyme berasal dari kawasan selatan Eropah dan Mediterranean.

Ia tergolong dalam keluarga limiaceae daripada genus thymus. Biasanya herba ini amat popular digunakan sebagai bahan perasa dalam kebanyakan resipi Itali, Macedonian, Greek, Perancis dan Sepanyol. Rasanya tidak terlalu kuat dan boleh bercampur dengan bahan-banan herba dan rempah lain. Ciri-ciri rasanya adalah berikutan dengan sejenis kimia yang dikenali sebagai thymol yang terdapat di dalamnya.


Thyme digunakan secara meluas dalam bidang masakan. Herba ini adalah bahan asas dalam masakan Levantine (Lubnan, Syria, Palestin Jordan, Israel), Libya, India, Itali, Perancis, Albania, Parsi, Portugis, Asyur, Sepanyol, Greek, Nigeria, Caribbean, dan masakan Turki. Thyme sering digunakan untuk masakan daging, sup dan stew. Ia juga sering digunakan sebagai perisa utama dalam masakan kambing, tomato dan telur.

Dikenali juga sebagai thymus vulgaris, herba thyme adalah sejenis tumbuhan kecil. Daunnya kecil manakala bunganya berwarna dari merah jambu sehinggalah ungu. Varieti thyme yang biasanya banyak ditanam juga adalah seperti lemon thyme (t.x citriodora), caraway thyme (t. herba barona) dan wild thyme (t. septyllum). Tidak kiralah sama ada daun ataupun putik bunganya, segar atau kering, banyak digunakan untuk tujuan masakan.


Thymol yang ditemui dalam thyme adalah salah satu minyak pati yang secara saintifiknya mengandungi ciri-ciri antiseptik dan antikulat. Minyak meruap lain yang terdapat dalam thyme termasuklah carvacolo, borneol dan geraniol.

Thyme mengandungi banyak antioksidan flavonoid fenolik seperti zeaxanthin, lutein, pigenin, naringenin, luteolin dan thymonin. Herba thyme segar memiliki salah satu tahap antioksidan tinggi di kalangan herba-herba lain. Ia juga dikatakan kaya dengan mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan.

Daunnya penuh dengan sumber potassium, besi, kalsium, mangan, magnesium dan selenium. Potassium adalah komponen penting bagi sel dan cecair tubuh yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

Mangan pula telah digunakan oleh tubuh sebagai co-faktor untuk antioksidan enzim superoksida dismutase. Besi pula diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Herba ini juga turut kaya dengan banyak sumber vitamin penting seperti vitamin B kompleks, beta karotena, vitamin A, vitamin K, vitamin E, vitamin C dan asid folik.

Membantu masalah pencernaan

Kebaikan thyme memang banyak. Antaranya kandungan antikulat dalam thyme membuatkan herba ini boleh dijadikan pencuci kawasan yang dijangkiti dengan jangkitan kulat pada kuku. Kandungan antiseptik thyme pula telah menjadikan daunnya yang telah dihancurkan sesuai sebagai ubat tampal pada luka. Ðikatakan apabila herba ini dimakan secara mentah, mampu membantu masalah pencernaan. Ia mampu merehatkan otot dan mencegah pembentukan angin dalam sistem.


Disebabkan thyme memiliki tindakan antispamodik, bermakna ia amat berguna untuk wanita yang menderita sakit ketika haid. Dalam amalan tradisional di Jamaica, teh thyme diberikan kepada ibu selepas melahirkan bayi. Kesan oxytocin dikatakan akan menggalakkan pengecutan rahim dan pengeluaran plasenta dengan segera, secara semulajadi.

Membantu sistem pernafasan

Herba thyme yang telah dijadikan teh pula amat baik diminum oleh mereka yang mengalami sakit tekak atau selsema. Ia juga dikatakan berguna untuk mengurangkan inflamasi pada sistem pernafasan. Herba ini juga boleh dicampurkan dalam air panas dan digunakan dalam rawatan wap untuk membersihkan laluan udara ketika seseorang itu mengalami selesema, masalah bronkial dan mengatasi gejala demam. Teh thyme juga dikatakan dapat mengatasi masalah pencernaan.


Merawat kemurungan dan tekanan

Ada juga yang menggunakan thyme untuk merawat kemurungan dan tekanan. Minyak pati herba thyme turut boleh digunakan untuk menaikkan mood dan menenangkan mereka yang sedang mengalami tekanan.



Hilangkan lenguh-lenguh badan

 Selain itu, thyme juga boleh dimasukkan ke dalam air panas yang digunakan sebagai air mandian untuk melegakan sakit lenguh-lenguh pada badan. Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan herba thyme, namin bagitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

UNTUK MENDAPATKAN KHASIAT THYME DENGAN CARA YANG MUDAH, KAMI SEDIAKAN QOF DROP UNTUK ANDA YANG MANA THYME ADALAH DI ANTARA BAHAN UTAMA

Nak tahu lebih lanjut?

Sila hubungi 019-3120203




Isnin, 26 September 2016

Alzheimer: Boleh menyerang seawal 30 tahun

Pagi tadi terdengar sebuah temubual di sebuah saluran TV yang membincangkan berkenaan Alzheimer. Satu perkara yang amat menggerunkan kita apabila tanda-tanda ini sebenarnya ada pada sebahagian kita. Namun kita kadang-kadang memandang rendah terhadap perkara ini kerana mungkin kita merasakan ia hanyalah faktor usia.


Alzheimer sebenarnya boleh menyerang seseorang bermula dari umur 30 tahun bergantung pada kondisi tubuh dan faktor genetik. Antara faktor penyumbang kepada penyakit Alzheimer ialah :


1. Usia
Penderita Alzhaimer biasanya diderita oleh orang yang berusia lebih dari 65 tahun, tetapi juga dapat menyerang orang yang berusia dibawah 40. Sedikitnya 5 persen orang berusia di antara 65 dan 74 memiliki Alzheimer. Pada orang berusia 85 keatas jumlahnya meningkat menjadi 50 persen.

2. Keturunan
Risiko Alzheimer yang muncul sedikit lebih tinggi jika hubungan keluarga tingkat pertama – orangtua dan saudara sekandung - memiliki Alzheimer.

3. Jenis kelamin
Wanita lebih mudah terkena daripada laki-laki, hal ini karena umumnya wanita hidup lebih lama daripada laki-laki.

4. Gaya hidup
Faktor sama yang membuat anda berada pada risiko yang sama dengan penyakit jantung juga meningkatkan kemungkinan anda akan terkena penyakit Alzheimer. Contohnya adalah:

Tekanan
Tekanan darah tinggi
Kolestrol tinggi
Kandungan gula yang tinggi

--------------------------------------------------------


10 Tanda awal yang sering berlaku kepada pengidap Alzheimer ialah:

1. Mudah lupa atau hilang ingatan
Ini merupakan tanda awal bagi penyakit Alzheimer di mana seseorang itu lupa perkara atau peristiwa yang baru saja berlaku, lupa nama orang, lupa tarikh atau peristiwa penting, bertanyakan maklumat yang sama berkali-kali, bergantung kepada catatan/alat/memo atau peringatan daripada ahli keluarga untuk mengingati sesuatu perkara atau temujanji.

2. Sukar membuat dan mengikut perancangan atau menyelesaikan masalah
Ini berlaku kerana pengidap Alzheimer mempunyai kurang daya tumpuan terhadap kerja yang dilakukannya.

3. Sukar menyelesaikan kerja-kerja harian biasa di rumah, di tempat kerja atau di tempat-tempat lain.
Contohnya: Seseorang itu mengalami masalah menggunakan ketuhar mikro, masalah memandu kereta ke tempat biasa, sukar menguruskan kewangan di tempat kerja, sukar mengingati peraturan bagi sesuatu permainan (games), dsb.

4. Keliru dengan masa dan tempat
Pengidap Alzheimer sering keliru dengan tarikh, musim atau apa-apa yang berkaitan dengan masa dan angka, atau kadang-kadang keliru atau lupa bagaimana ia boleh sampai di sesuatu tempat.

5. Masalah memahami imej gambar atau masalah penglihatan
Mereka juga mungkin sukar membaca, menganggarkan jarak dan menentukan warna, tidak mengenali bayangan sendiri dalam cermin kerana disangkanya orang lain.

6. Masalah mencari perkataan yang tepat semasa bercakap atau menulis
Mereka ini sering menghadapi masalah kosa kata, dengan itu mereka sukar untuk mencari perkataan yang tepat bagi meluahkan fikirannya sama ada dalam percakapan atau tulisan. Mereka juga menghadapi masalah mengikuti atau terlibat dalam sesuatu perbincangan atau perbualan. Mereka juga mungkin tiba-tiba berhenti semasa tengah bercakap dan menghadapi masalah untuk menyambungnya kembali. Mereka juga sering salah memanggil nama sesuatu benda.

7. Lupa tempat letak barang dan tidak dapat mengingati kembali peristiwa sebelum itu
Contohnya: Lupa tempat letak cermin mata, kunci, meletakkan sesuatu barang di tempat yang tidak wajar, dsb. Akhirnya, lupa nama ahli keluarga dan benda yang biasa digunakan setiap hari.

8. Kurang/lemah pertimbangan dalam penilaian sesuatu perkara
Ini menyebabkan pengidap penyakit Alzheimer membuat keputusan yang kurang bijak atau memudaratkan, terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan, dsb.

9. Mengasingkan diri daripada bersosial atau aktiviti sosial
Pengidap Alzheimer ini mula mengasingkan diri atau berhenti daripada melakukan aktiviti-aktiviti sosial, aktiviti kemasyarakatan, sukan, dsb. yang menjadi kegemarannya sebelum itu.

10. Perubahan mood dan personaliti
Berlaku perubahan dan mula membuat rutin atau cara khusus bagi sesuatu perkara dan berasa tidak senang apabila rutinnya diganggu. Juga berlaku perubahan hati dan sikap, menjadi keliru, berprasangka, hilang kepercayaan kepada orang lain, kemurungan, gelisah, takut, agresif, mudah terasa dan merajuk jika tidak kena dengan caranya, sikap keras kepala, dsb.


PENCEGAHAN

Antara cara pencegahan ialah mengambil makanan yang mengandungi antioksidan di samping senaman dan penjagaan makan.

Antara makanan yang mengandungi antioksidan ialah KISMIS. KISMIS merupakan sumber antioksidan yang patut kita pilih. Nilai ORAC kismis sebesar 2830.

Ini merupakan cara yang dianjurkan melalui sebuah laman iaitu penyakitalzheimer.com dan beberapa laman web lain yang turut menyokong cara mencegahan ini.

LIfeDeli Premium Goat's Milk



Oleh itu kami di Syifaie memilih KISMIS sebagai salah satu ramuan untuk LifeDeli Premium Goat’s Milk bagi mendapatkan khasiat yang baik bukan hanya untuk kanak-kanak tetapi ia juga merupakan minuman yang sangat baik untuk golongan dewasa.


Rujukkan:

Khamis, 22 September 2016

Bila anda leka terhadap pemakanan anak anda, ia sebenarnya simtom yang telah ada tapi anda tidak sedar...

Bila anda leka terhadap pemakanan anak anda. Sebenarnya simtom ini telah ada tapi anda tidak sedar

Ini merupakan sebahagian dari simtom yang timbol berpunca dari kecuaian kita terhadap pemakanan mereka. Ia mungkin biasa bagi kita, tapi ia sangat besar kesannya terhadap tubuh mereka. perhatikan pada anak anda


Tanda kanak-kanak kurang kalsium

1. Kurang selera makan dan sangat memilih apa yang hendak dimakan


2. Sering terkejut dan menangis waktu malam


3. Gigi lambat tumbuh (selepas 10 bulan)


4. Hyperaktif


5. kaki bengkok


6. Lambat boleh berjalan (selepas 13 bulan)


7. Tidak tinggi dan badan lemah


8. Kerap berpeluh ketika tidur


9. Tidur tidak lena



AMALKAN LIFEDELI PREMIUM GOAT'S MILK UNTUK PROTEIN DAN KALSIUM YANG BAIK UNTUK TUMBESARAN ANAK ANDA

Rabu, 20 April 2016

Value For Money


PERAKUAN SAINTIS ANTARABANGSA TENTANG MINYAK KELAPA DARA


  

"Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang menyihatkan di muka bumi."
                                                     Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopoti, USA

"Penduduk Kepulauan Pasifik mempunyai kesihatan yang menakjubkan disebabkan mereka menggunakan Minyak Kelapa Dara dalam kehidupan harian."
                                                     Dr. Watson A Price, Pengkaji & Pakar Pemakanan, USA

"Minyak Kelapa Dara membantu mengurangkan berat badan."
                                                     Dr. Raymond Peat, Universiti Oregon, USA

"Minyak Kelapa Dara berfungsi sebagai makanan yang sihat, memberi pelbagai khasiat kesihatan."
                                                     Dr. Mery Enig, Universiti Maryland, USA

"Minyak Kelapa Dara merupakan anti virus, anti bakteria dan parasit dan mampu mencegah pelbagai jenis penyakit."
                                                     Dr. John J Kabara, Universiti Michigan, USA




Isnin, 18 April 2016

BEBERAPA KAJIAN SAINS TENTANG JENIS PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT MELALUI MINYAK ZAITUN



MAKANAN YANG MENYIHATKAN

Kajian saintifik telah membuktikan khasiat kesihatan minyak zaitun ini dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik amat menyihatkan. Minyak zaitun terutamanya mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA)  yang menyihatkan, disamping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk omega 3 dan omega 6. Minyak zaitun juga  mengandungi bahan anti oksidan  iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.


JANTUNG, DARAH TINGGI, STROKE & KOLESTEROL

Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan Utara Eropah. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research tahun 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof. Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko yang lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok, kolesterol tinggi. Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari dan penyumbatan saluran darah(thrombosis).

Kajian lain yang dijalankan  di  National Institute of Health and Medical Research (INSERM) di Bordeaux, Peranchis menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok. Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology pada tahun 2011 yang menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41%  risiko yang lebih rendah mendapat strok berbanding dengan seseorang yang tidak mengambil minyak zaitun.

Dalam satu kajian oleh ahli sains daripada Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitortahun 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun kepada 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu akan membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkat kolesterol HDL. Saintis berpendapat kesan ini adalah kerana kandungan asid oleic (MUFA), phenol dan vitamin E didalam minyak zaitun ini.

Terdapat juga kajian yang diterbitkan dalam British Medical Journal pada tahun 2012 menunjukkan pemakanan dengan mengoreng menggunakan minyak zaitun dan minyak bunga matahari tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung. Kajian ini melibatkan 40,000 orang peserta yang dijalankan oleh University Madrid di Sepanyol. Walaupun menggoreng menggunakan minyak zaitun akan mengurangkan khasiatnya, tetapi ianya tetap memberikan manfaat dengan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung. 


KANSER PAYUDARA

Satu lagi kajian yang menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara. Satu pasukan ahli sains daripada Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkan dalam tahun 2010. Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel-sel kanser payudara secara spontan. Kajian ini menunjukkan minyak jagung yang kaya dengan omega 6 mempunyai kesan yang bertentangan dengan minyak zaitun. Oleh itu pengambilan minyak zaitun ini boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit yang merbahaya ini.

ALZHEIMER & KEMURUNGAN

Kajian yang khusus tentang penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya. Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer ini mempunyai kadar yang rendah dikalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding dengan wilayah lain diseluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada tahun 2013.



Terdapat pelbagai lagi kajian-kajian saintifik yang dijalankan diseluruh dunia yang menunjukkan kelebihan penggunaan minyak zaitun ini mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak pankreas akut (acute pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).



Petikan dari: http://doknorm.blogspot.my/



Habbatus Sauda: Dari minda Seorang Doktor


HBS sebagai makanan tambahan( supplement ).

Sebelum mengenali Habbatus Sauda sekiranya pesakit saya bertanyakan perihal makanan tambahan maka dengan kadar segera saya menyarankan berbagai-bagai jenis vitamin yang sedia ada di kedai-kedai farmasi-farmasi. Ini termasuklah vitamin pelbagai (multivitamin), vitamin C, Vitamin B kompleks dan lain-lain yang kebanyakkan melalui proses kimia sintesis.

Walaubagaimana persepsi saya berubah sedikit demi sedikit setelah saya mengenali beberapa jenis makanan semulajadi termasuk Habbatus Sauda, madu, halba, propolis, ginseng dan lain-lain. Semua jenis makanan ini saya kategorikan sebagai makanan berfungsi tinggi ( functional food ). 2013

Makanan berfungsi berdasarkan takrifan adalah kumpulan makanan bernutrisi tinggi yang menyediakan zat nutrien melampui makanan biasa dan Habbatus Sauda termasuk di dalam kategori ini. Contoh komponen yang berfungsi khusus kepada Habbatus Sauda adalah kumpulan nigellone dan thymoquinone. Komponen-komponen makanan berfungsi ini selalunya akan sentiasa dikaji oleh para saintis untuk tujuan perubatan khusus dan kesihatan umum.


Adakah Habbatus Sauda sesuai untuk dijadikan makanan tambahan? Jawapan saya sudah tentu.


Di topik seterusnya saya cuba meringkas sebahagian dari kajian yang telah dilakukan terhadap biji-biji hitam ini. Selepas itu para pembaca buatlah penilaian sendiri samada baik atau tidak menjadikan Habbatus Sauda sebagai asas pemakanan tambahan.

Saya mengambil lebih kurang 500 miligram ke 2 gram sehari Habbatus Sauda sebagai ikthiar untuk kekal sihat disamping mengamalkan cara pemakanan yang baik. Saya pernah memakan Habbatus Sauda dalam bentuk kapsul minyak, kapsul serbuk dan juga minyak Habbatus Sauda yang boleh di minum terus.

Saya pernah mengunyah biji-biji hitam dan rasanya pahit dan sedikit pedas. Buat masa ini saya masih belum mencuba mencampurkannya dengan makanan. Saya juga mengamalkan pengambilan sesudu madu yang dicampurkan segelas pada setiap pagi selain makanan sunnah lain yang baik untuk kesihatan.

Dipetik dari buku: HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR
REMPAH - Dr Zulkifli Mohamed Sharif



Rabu, 6 April 2016

KHASIAT UMUM VCO (Virgin Coconut Oil)

KHASIAT UMUM VCO (Virgin Coconut Oil)
1. Melegakan pernafasan
-mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
2. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
Menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis
3. Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh
Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan. Badan anda akan rasa lebih bertenaga
4. Didalam usus kecil dan usus besar ia akan memusnahkan organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protoza (cacing). Oleh itu penghadaman akan mencapai pada tahap maksimum.
5.Mengurangkan keadaan mudah lapar
Bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal tidak perlu makan banyak dan kerap.
6.Mengurangkan kandungan lemak badan
Berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang
7. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
Mengelak terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung
8. Mempercepat penggantian sel sel mati dengan yang baru
9. Mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.
Jom dapatkan VCO keluaran Syifaie

Khamis, 2 Julai 2015

Qof Drop



JANGAN RAGU-RAGU UNTUK HUBUNGI KAMI SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SIMPTOM DI ATAS

Hubungi: 019-3120203

QOF DROP


• ANDA MEMPUNYAI SIMPTOM DEMAM, BATUK ATAU SELESEMA?
• ANDA BEKERJA DALAM KEADAAN SEJUK?
• ANDA MEMPUNYAI ANAK YANG SUKAR MEMAKAN UBAT KLINIK ATAU HOSPITAL?
► Merawat tanda-tanda awal demam, selesema dan batuk
► Membantu mencairkan kahak
► Menyegarkan bau nafas
► Mengatasi masalah angin berlebihan dalam badan
► Rawatan awal untuk pesakit athma
► Tiada kesan sampingan
► Tidak menyebabkan mengantuk
► Tidak mengandungi bahan pengawet dan pewarna tiruan
► Tidak mengandungi alcohol, bahan kimia dan dextromethorphan
JOM KEMBALI PADA RAWATAN DARI SUMBER ALAMI
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-3120203
atau sila layari website kami di www.syifaie.com


Rabu, 1 Oktober 2014

HABBATUL BARAKAH SYIFAIE: KOS YANG RENDAH UNTUK MERAWAT PENYAKIT

CARA DAN CADANGAN PENGAMBILAN HABBATUS SAUDA

Rahsia kesembuhan di dalam habbatus sauda ialah dengan pengambilan yang berterusan dan dalam dos yang mencukupi. Ia mesti diamalkan secara berjadual dan konsisten. Bergantung kepada penyakit, biasanya penyakit akan sembuh dari 3 bulan sehingga 1 tahun.

Bagi mereka yang berpenyakit seperti kencing manis contohnya, untuk mendapatkan kesan yang baik, ambillah 3-6g (6-12 biji softgel Habbatul Barakah Syifaie) minyak habbatus sauda sehari dengan masa yang dijarakkan dengan sekata. Contohnya makan 1g minyak habbatus sauda setiap 4 jam. Jadi, dalam masa 24 jam kita akan memakan sebanyak 6g (12biji softgel Habbatul Barakah Syifaie) minyak habbatus sauda.

Saudara dicadangkan mengambil minyak dan bukannya biji habbatus sauda kerana minyak lebih mujarab (potent) dari biji. Untuk 6g minyak habbatus sauda, saudara mungkin perlu memakan sekurang-kurangnya 6 sudu teh biji habbatus sauda. Persoalannya, mampukah saudara berbuat begitu. Saya fikir tidak.

Habbatus sauda dalam bentuk bijian tidak kurang juga pentingnya. Ia juga mengandungi banyak khasiat. Saya syorkan saudara juga makan sekurang-kurangnya satu sudu teh biji habbatus sauda untuk satu hari.

Sekiranya saudara tidak berpenyakit, dan ingin mencegah dari mendapat penyakit, dos habbatus sauda yang diperlukan tidaklah tinggi. Dos serendah 500mg hingga 1000mg sehari lebih dari mencukupi iaitu bersamaan 1-2 biji softgel Habbatul Barakah Syifaie. Saya syorkan makan 500mg minyak habbatus sauda untuk dua kali sehari, iaitu pagi dan petang.

Pengambilan habbatus sauda secara berterusan akan membunuh kuman-kuman di dalam badan anda secara perlahah-lahan. Ia juga akan membuang toksik dan bahan-bahan kimia dari tubuh anda dengan kadar yang lebih banyak dari kebiasaan. Oleh itu saudara digalakkan untuk bersenam sehingga mengeluarkan peluh yang banyak bagi membantu mengeluarkan bahan-bahan beracun tersebut. Dan semestinya juga anda meminum air mineral dengan banyak, minimum 2L sehari.

KOS YANG RENDAH UNTUK MERAWAT PENYAKIT
Pengambilan minyak habbatus sauda di dalam diet saudara adalah langkah kesihatan yang paling bijak. Ia adalah "value for money". Ia adalah suplemen yang amat murah berbanding dengan kemujarabannya. Kos untuk mencegah penyakit dan mendapatkan kesihatan yang optimum ialah dari RM1.20sen sehari atau RM36.00 sebulan.

Untuk merawat penyakit, saudara hanya perlu berbelanja sebanyak dari RM108.00 hingga RM216.00 sebulan. Apa yang menyeronokkan ialah nabi jamin habbatus sauda sebagai ubat dan penawar. Tapi ingat, dia tak jamin kesembuhan kerana kesembuhan itu datangnya dari Allah. Tapi dalam banyak hal, melalui pengalaman, bila kita makan Habbatus Sauda, kita akan bertambah sihat.




Selasa, 18 Mac 2014

Susu Kambing SYIFAIE




SYIFA GOLD TRADING telah tampil dengan dua produk baru berasaskan susu kambing iaitu GOAT'S MILK COCOA HONEY sebagai minuman seisi keluarga dan juga GOAT'S MILK COCOA HONEY MINDA yang mana sangat baik untuk membantu kecerdasan minda kanak-kanak dan juga dewasa. 

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa susu kambing sangat kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. 

Antara kebaikan lain susu kambing ialah:
  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
  •   > Protein 2.1 kali ganda
  •   > Kalsium 2.2 kali ganda
  •   > Zat Besi 2.0 kali ganda
  •   > Potasium 2.1 kali ganda
  •   > Vitamin A 3.8 kali ganda
  •   > Garam Galian 2.0 kali ganda
  •   > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.

THYME: mengenali apakah tumbuhan ini serta khasiatnya

Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan un...