Rabu, 19 April 2017

THYME: mengenali apakah tumbuhan ini serta khasiatnya


Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan untuk pelbagai tujuan di sepanjang kurun. Pada zaman pertengahan, thyme telah dianggap sebagai tumbuhan yang dapat memindahkan keberanian dan kecergasan. Orang Rom kuno menganggap ia sebagai ramuan untuk kesugulan.

Thyme yang telah dicampurkan bersama bunga mawar sering dijadikan pewangi rumah oleh orang Rom pada zaman kuno. Malah orang Greek telah menggunakan thyme sebagai colok wangi, manakala orang Rom pula telah menambah thyme dalam keju dan minuman beralkohol mereka.
Walau apa kegunaan thyme, herba ini merupakan herba yang penuh dengan pelbagai fitozat, mineral dan vitamin yang amat baik untuk kesihatan tubuh badan. Termasuk dalam salah satu tumbuhan herba masakan yang popular, thyme berasal dari kawasan selatan Eropah dan Mediterranean.

Ia tergolong dalam keluarga limiaceae daripada genus thymus. Biasanya herba ini amat popular digunakan sebagai bahan perasa dalam kebanyakan resipi Itali, Macedonian, Greek, Perancis dan Sepanyol. Rasanya tidak terlalu kuat dan boleh bercampur dengan bahan-banan herba dan rempah lain. Ciri-ciri rasanya adalah berikutan dengan sejenis kimia yang dikenali sebagai thymol yang terdapat di dalamnya.


Thyme digunakan secara meluas dalam bidang masakan. Herba ini adalah bahan asas dalam masakan Levantine (Lubnan, Syria, Palestin Jordan, Israel), Libya, India, Itali, Perancis, Albania, Parsi, Portugis, Asyur, Sepanyol, Greek, Nigeria, Caribbean, dan masakan Turki. Thyme sering digunakan untuk masakan daging, sup dan stew. Ia juga sering digunakan sebagai perisa utama dalam masakan kambing, tomato dan telur.

Dikenali juga sebagai thymus vulgaris, herba thyme adalah sejenis tumbuhan kecil. Daunnya kecil manakala bunganya berwarna dari merah jambu sehinggalah ungu. Varieti thyme yang biasanya banyak ditanam juga adalah seperti lemon thyme (t.x citriodora), caraway thyme (t. herba barona) dan wild thyme (t. septyllum). Tidak kiralah sama ada daun ataupun putik bunganya, segar atau kering, banyak digunakan untuk tujuan masakan.


Thymol yang ditemui dalam thyme adalah salah satu minyak pati yang secara saintifiknya mengandungi ciri-ciri antiseptik dan antikulat. Minyak meruap lain yang terdapat dalam thyme termasuklah carvacolo, borneol dan geraniol.

Thyme mengandungi banyak antioksidan flavonoid fenolik seperti zeaxanthin, lutein, pigenin, naringenin, luteolin dan thymonin. Herba thyme segar memiliki salah satu tahap antioksidan tinggi di kalangan herba-herba lain. Ia juga dikatakan kaya dengan mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan.

Daunnya penuh dengan sumber potassium, besi, kalsium, mangan, magnesium dan selenium. Potassium adalah komponen penting bagi sel dan cecair tubuh yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

Mangan pula telah digunakan oleh tubuh sebagai co-faktor untuk antioksidan enzim superoksida dismutase. Besi pula diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Herba ini juga turut kaya dengan banyak sumber vitamin penting seperti vitamin B kompleks, beta karotena, vitamin A, vitamin K, vitamin E, vitamin C dan asid folik.

Membantu masalah pencernaan

Kebaikan thyme memang banyak. Antaranya kandungan antikulat dalam thyme membuatkan herba ini boleh dijadikan pencuci kawasan yang dijangkiti dengan jangkitan kulat pada kuku. Kandungan antiseptik thyme pula telah menjadikan daunnya yang telah dihancurkan sesuai sebagai ubat tampal pada luka. Ðikatakan apabila herba ini dimakan secara mentah, mampu membantu masalah pencernaan. Ia mampu merehatkan otot dan mencegah pembentukan angin dalam sistem.


Disebabkan thyme memiliki tindakan antispamodik, bermakna ia amat berguna untuk wanita yang menderita sakit ketika haid. Dalam amalan tradisional di Jamaica, teh thyme diberikan kepada ibu selepas melahirkan bayi. Kesan oxytocin dikatakan akan menggalakkan pengecutan rahim dan pengeluaran plasenta dengan segera, secara semulajadi.

Membantu sistem pernafasan

Herba thyme yang telah dijadikan teh pula amat baik diminum oleh mereka yang mengalami sakit tekak atau selsema. Ia juga dikatakan berguna untuk mengurangkan inflamasi pada sistem pernafasan. Herba ini juga boleh dicampurkan dalam air panas dan digunakan dalam rawatan wap untuk membersihkan laluan udara ketika seseorang itu mengalami selesema, masalah bronkial dan mengatasi gejala demam. Teh thyme juga dikatakan dapat mengatasi masalah pencernaan.


Merawat kemurungan dan tekanan

Ada juga yang menggunakan thyme untuk merawat kemurungan dan tekanan. Minyak pati herba thyme turut boleh digunakan untuk menaikkan mood dan menenangkan mereka yang sedang mengalami tekanan.



Hilangkan lenguh-lenguh badan

 Selain itu, thyme juga boleh dimasukkan ke dalam air panas yang digunakan sebagai air mandian untuk melegakan sakit lenguh-lenguh pada badan. Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan herba thyme, namin bagitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

UNTUK MENDAPATKAN KHASIAT THYME DENGAN CARA YANG MUDAH, KAMI SEDIAKAN QOF DROP UNTUK ANDA YANG MANA THYME ADALAH DI ANTARA BAHAN UTAMA

Nak tahu lebih lanjut?

Sila hubungi 019-3120203




Isnin, 26 September 2016

Alzheimer: Boleh menyerang seawal 30 tahun

Pagi tadi terdengar sebuah temubual di sebuah saluran TV yang membincangkan berkenaan Alzheimer. Satu perkara yang amat menggerunkan kita apabila tanda-tanda ini sebenarnya ada pada sebahagian kita. Namun kita kadang-kadang memandang rendah terhadap perkara ini kerana mungkin kita merasakan ia hanyalah faktor usia.


Alzheimer sebenarnya boleh menyerang seseorang bermula dari umur 30 tahun bergantung pada kondisi tubuh dan faktor genetik. Antara faktor penyumbang kepada penyakit Alzheimer ialah :


1. Usia
Penderita Alzhaimer biasanya diderita oleh orang yang berusia lebih dari 65 tahun, tetapi juga dapat menyerang orang yang berusia dibawah 40. Sedikitnya 5 persen orang berusia di antara 65 dan 74 memiliki Alzheimer. Pada orang berusia 85 keatas jumlahnya meningkat menjadi 50 persen.

2. Keturunan
Risiko Alzheimer yang muncul sedikit lebih tinggi jika hubungan keluarga tingkat pertama – orangtua dan saudara sekandung - memiliki Alzheimer.

3. Jenis kelamin
Wanita lebih mudah terkena daripada laki-laki, hal ini karena umumnya wanita hidup lebih lama daripada laki-laki.

4. Gaya hidup
Faktor sama yang membuat anda berada pada risiko yang sama dengan penyakit jantung juga meningkatkan kemungkinan anda akan terkena penyakit Alzheimer. Contohnya adalah:

Tekanan
Tekanan darah tinggi
Kolestrol tinggi
Kandungan gula yang tinggi

--------------------------------------------------------


10 Tanda awal yang sering berlaku kepada pengidap Alzheimer ialah:

1. Mudah lupa atau hilang ingatan
Ini merupakan tanda awal bagi penyakit Alzheimer di mana seseorang itu lupa perkara atau peristiwa yang baru saja berlaku, lupa nama orang, lupa tarikh atau peristiwa penting, bertanyakan maklumat yang sama berkali-kali, bergantung kepada catatan/alat/memo atau peringatan daripada ahli keluarga untuk mengingati sesuatu perkara atau temujanji.

2. Sukar membuat dan mengikut perancangan atau menyelesaikan masalah
Ini berlaku kerana pengidap Alzheimer mempunyai kurang daya tumpuan terhadap kerja yang dilakukannya.

3. Sukar menyelesaikan kerja-kerja harian biasa di rumah, di tempat kerja atau di tempat-tempat lain.
Contohnya: Seseorang itu mengalami masalah menggunakan ketuhar mikro, masalah memandu kereta ke tempat biasa, sukar menguruskan kewangan di tempat kerja, sukar mengingati peraturan bagi sesuatu permainan (games), dsb.

4. Keliru dengan masa dan tempat
Pengidap Alzheimer sering keliru dengan tarikh, musim atau apa-apa yang berkaitan dengan masa dan angka, atau kadang-kadang keliru atau lupa bagaimana ia boleh sampai di sesuatu tempat.

5. Masalah memahami imej gambar atau masalah penglihatan
Mereka juga mungkin sukar membaca, menganggarkan jarak dan menentukan warna, tidak mengenali bayangan sendiri dalam cermin kerana disangkanya orang lain.

6. Masalah mencari perkataan yang tepat semasa bercakap atau menulis
Mereka ini sering menghadapi masalah kosa kata, dengan itu mereka sukar untuk mencari perkataan yang tepat bagi meluahkan fikirannya sama ada dalam percakapan atau tulisan. Mereka juga menghadapi masalah mengikuti atau terlibat dalam sesuatu perbincangan atau perbualan. Mereka juga mungkin tiba-tiba berhenti semasa tengah bercakap dan menghadapi masalah untuk menyambungnya kembali. Mereka juga sering salah memanggil nama sesuatu benda.

7. Lupa tempat letak barang dan tidak dapat mengingati kembali peristiwa sebelum itu
Contohnya: Lupa tempat letak cermin mata, kunci, meletakkan sesuatu barang di tempat yang tidak wajar, dsb. Akhirnya, lupa nama ahli keluarga dan benda yang biasa digunakan setiap hari.

8. Kurang/lemah pertimbangan dalam penilaian sesuatu perkara
Ini menyebabkan pengidap penyakit Alzheimer membuat keputusan yang kurang bijak atau memudaratkan, terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan, dsb.

9. Mengasingkan diri daripada bersosial atau aktiviti sosial
Pengidap Alzheimer ini mula mengasingkan diri atau berhenti daripada melakukan aktiviti-aktiviti sosial, aktiviti kemasyarakatan, sukan, dsb. yang menjadi kegemarannya sebelum itu.

10. Perubahan mood dan personaliti
Berlaku perubahan dan mula membuat rutin atau cara khusus bagi sesuatu perkara dan berasa tidak senang apabila rutinnya diganggu. Juga berlaku perubahan hati dan sikap, menjadi keliru, berprasangka, hilang kepercayaan kepada orang lain, kemurungan, gelisah, takut, agresif, mudah terasa dan merajuk jika tidak kena dengan caranya, sikap keras kepala, dsb.


PENCEGAHAN

Antara cara pencegahan ialah mengambil makanan yang mengandungi antioksidan di samping senaman dan penjagaan makan.

Antara makanan yang mengandungi antioksidan ialah KISMIS. KISMIS merupakan sumber antioksidan yang patut kita pilih. Nilai ORAC kismis sebesar 2830.

Ini merupakan cara yang dianjurkan melalui sebuah laman iaitu penyakitalzheimer.com dan beberapa laman web lain yang turut menyokong cara mencegahan ini.

LIfeDeli Premium Goat's Milk



Oleh itu kami di Syifaie memilih KISMIS sebagai salah satu ramuan untuk LifeDeli Premium Goat’s Milk bagi mendapatkan khasiat yang baik bukan hanya untuk kanak-kanak tetapi ia juga merupakan minuman yang sangat baik untuk golongan dewasa.


Rujukkan:

Ahad, 25 September 2016

ANDA PASTI TERKEJUT BILA MENGETAHUI 3 FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN ANDA MUDAH JATUH SAKIT





    3 Faktor penting ini yang menjadi punca anda mudah jatuh sakit. sila baca dan fahami puncanya...
    ----------------------------------------------------------------------------

    NUTRISI YANG TERKANDUNG DALAM PEMAKANAN JARANG KITA AMBIL PEDULI KERANA KESAN DARIPADA MAKANAN TERSEBUT TIDAK NAMPAK DALAM JANGKAMASA PENDEK. OLEH ITU RAMAI DI ANTARA KITA YAG TIDAK PEDULI TENTANGNYA.

    OLEH YANG DEMIKIAN, CORAK PEMAKANAN KITA BANYAK DIPENGARUHI HANYA KERANA DUA FAKTOR:

    1. SEDAP
    2. KENYANG


    DAN MUNGKIN AKAN ADA FAKTOR YANG KETIGA APABILA IA PERLU DIBAYAR IAITU MURAH DAN BERBALOI
    ----------------------------------------------------------------------------

    Sekarang kami tampilkan kepentingan kalsium terhadap kesihatan anda dan kesan yang akan anda perolehi hasil dari kalsium yang lengkap.


    Ada beberapa manfaat kalsium bagi kesihatan, di antaranya adalah sebagai berikut :
    Mengaktifkan saraf

    Melancarkan peredaran darah

    Melembutkan otot

    Menormalkan tekanan darah

    Menjaga keseimbangan cairan tubuh

    Mencegah osteoporosis (tulang reput)

    Mencegah penyakit jantung

    Menurunkan risiko kanser usus

    Mengatasi sakit pinggang

    Mengatasi kesakitan haid dan menopause

    Mengurangkan penyusutan tulang sewaktu hamil dan menyusu

    Membantu menguatkan gigi dan mencegah pendarahan akar gigi

    Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan

    Memulihkan gairah seks yang menurun/lemah

    Mengatasi kencing manis (mengaktifkan pankreas)


    Dapatkan LifeDeli Premium Goat's Milk yang kaya dengan kalsium dan khasiat lain seperti kismis, kurma dan badam yang tentunya sangat baik untuk mnejadi amalan 
    anda sekeluarga.

    ----------------------------------------------------------
    Hubungi kami segera (call/whatsapp)
    019-3120203
    019-3120203
    019-3120203
    ----------------------------------------------------------


    Khamis, 22 September 2016

    Bila anda leka terhadap pemakanan anak anda, ia sebenarnya simtom yang telah ada tapi anda tidak sedar...

    Bila anda leka terhadap pemakanan anak anda. Sebenarnya simtom ini telah ada tapi anda tidak sedar

    Ini merupakan sebahagian dari simtom yang timbol berpunca dari kecuaian kita terhadap pemakanan mereka. Ia mungkin biasa bagi kita, tapi ia sangat besar kesannya terhadap tubuh mereka. perhatikan pada anak anda


    Tanda kanak-kanak kurang kalsium

    1. Kurang selera makan dan sangat memilih apa yang hendak dimakan


    2. Sering terkejut dan menangis waktu malam


    3. Gigi lambat tumbuh (selepas 10 bulan)


    4. Hyperaktif


    5. kaki bengkok


    6. Lambat boleh berjalan (selepas 13 bulan)


    7. Tidak tinggi dan badan lemah


    8. Kerap berpeluh ketika tidur


    9. Tidur tidak lena



    AMALKAN LIFEDELI PREMIUM GOAT'S MILK UNTUK PROTEIN DAN KALSIUM YANG BAIK UNTUK TUMBESARAN ANAK ANDA

    Isnin, 19 September 2016

    LifeDeli Premium Goat's Milk



    Kenapa nama LifeDeli bukan Syifaie?

    Sebenarnya LifeDeli merupakan jenama yang diwujudkan oleh Syifaie untuk produk-produk berbentuk makanan dan minuman.

    Berapakah harga susu LifeDeli Premium Goat’s Milk?

    Harga untuk tempoh promosi dan pengenalan ialah RM40.00 untuk Semenanjung dan RM45.00 bagi Sabah dan Sarawak.

    Kenapa harga susu ini berbeza dengan susu Syifaie yang lain?

    Ini kerana ia tidak mengandungi gula dan perisa lain.

    Apa kelebihan susu LifeDeli Premium Goat’s Milk?

    Kelebihanan susu LifeDeli Premium Goat’s Milk ialah tercangkup dalam 4 kandungan utamanya
    Susu Kambing: Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting. Ia juga sangat tinggi dengan kalsium dan telah diuji oleh SIRIM. Sangat baik sebagai minuman harian bagi seisi keluarga sebagai sumber kalsium harian.
    Badam: Dalam sistem perubatan Yunani dan Ayurveda, badam diterima sebagai pemakanan untuk otak dan sisitem saraf. Ia dikatakan dapat meningkat tahap kebijakasanaan.
    Kurma: Kurma antara makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga. Ia akan segera dibakar dan akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
    Kismis: Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.

    Kenapa anda mesti memilih LifeDeli Premium Goat’s Milk?

    Kerana susu ini mengandungi kalsium yang tinggi dan juga nutrisi lain yang sangat baik untuk tubuh badan seperti Vitamin A, B1, D dan Riboflavin. Ia turut dibekalkan dengan khasiat kurma, kismis dan badam yang tentunya memberikan rasa yang baik dan khasiat yang tinggi untuk minda dan tubuh badan.

    Adakah is sesuai untuk bayi?

    secara umumnya susu kambing sebenarnya mengandungi sodium. kandungan sodium dalam susu kambing ini agak kurang baik untuk buah pinggang bayi khusunya bagi bayi seawal 6 bulan. Justeru kami menyarankan agar para ibu jangan terlalu awal untuk memberikan susu kambing kepada anak-anak anda. Tp boleh dicuba selepas mereka memakan pepejal atau selepas umur mereka 2 tahun.

    Di mana saya boleh dapatkan susu ini?

    Anda boleh hubungi kami di talian 019-3120203 untuk mendapatkan senarai agent yang terdekat atau boleh terus buat pembelian secara online di www.syifaie.com


    THYME: mengenali apakah tumbuhan ini serta khasiatnya

    Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan un...