
Diabetes termasuk di dalam kategori penyakit yang mesti
diwaspadai kerana ia boleh menyebabkan komplikasi penyakit lain seperti
jantung, stroke, disfungsi ereksi, buah pinggang gagal berfungsi dan kerosakan
sistem saraf.
Penyakit ini muncul akibat tubuh tidak mampu untuk
meningkatkan prosuksi glukosa dalam darah. Hal ini disebabkan oleh kelenjar
pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin dalam jumlah yang sepatutnya, di
mana insulin ini berfungsi sebagai agen pengawal kadar gula dalam darah. Keadaan
ini menyebabkan terjadi lebihan gula yang boleh merosakkan pembuluh darah dan
menyebabkan komplikasi.
Dalam buku Trio Herbal (Redaksi Trubus, 2010) menyatakan
bahawa kandungan di dalam Habbatus Sauda' dalam mengubati penyakit diabetes
mirip kinerja thiazolidinedione iaitu salah satu bahan aktif yang terdapat
dalam ubat yang kebiasaannya diambil oleh pesakit Diabetes. Senyawa ini mampu
memperbaiki sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen yang tertentu yang
terkandung dalam sintesa lemak dan metabolisme karbohidrat. Beberapa kajian
menunjukkan bahawa thiozolidinedione juga baik untuk kesihatan jantung dan
mampu untuk menurunkan darah dan meningkatkan LDL (kolesterol baik).
Hasil penelitian A. Al Hader (peneliti dari Faculty of
Medicine Jordan University of Science and Technology, Yordania menunjukkan
bahawa kadar gula darah pada pesakit diabetes yang diberi asupan alloxan
(penyebab diabetes) menurun 12% setelah 4jam pascaperlakuan dan 21% setelah
6jam pascaperlakuan. Dalam penelitian itu, peningkatan kadar insulin tidak
terjadi. Ini bermakna mekanisme penurunan gula darah diduga bukan disebabkan
oleh peningkatan jumlah insulin. Namun turunnya kadar gula darah disebabkan
kemampuan habbatus sauda' menyekat aktiviti enzim glukosa-6-phospatase. Enzim
ini terdapat di dalam metabolisme produksi glukosa dalam darah. Sekiranya
aktiviti enzim tersebut dapat dihentikan, maka kadar glukosa darah akan turun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan