Rabu, 20 April 2016
PERAKUAN SAINTIS ANTARABANGSA TENTANG MINYAK KELAPA DARA
"Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang menyihatkan di muka bumi."
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopoti, USA
"Penduduk Kepulauan Pasifik mempunyai kesihatan yang menakjubkan disebabkan mereka menggunakan Minyak Kelapa Dara dalam kehidupan harian."
Dr. Watson A Price, Pengkaji & Pakar Pemakanan, USA
"Minyak Kelapa Dara membantu mengurangkan berat badan."
Dr. Raymond Peat, Universiti Oregon, USA
"Minyak Kelapa Dara berfungsi sebagai makanan yang sihat, memberi pelbagai khasiat kesihatan."
Dr. Mery Enig, Universiti Maryland, USA
"Minyak Kelapa Dara merupakan anti virus, anti bakteria dan parasit dan mampu mencegah pelbagai jenis penyakit."
Dr. John J Kabara, Universiti Michigan, USA
Isnin, 18 April 2016
BEBERAPA KAJIAN SAINS TENTANG JENIS PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT MELALUI MINYAK ZAITUN
Kajian saintifik telah membuktikan khasiat kesihatan minyak zaitun ini dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik amat menyihatkan. Minyak zaitun terutamanya mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, disamping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk omega 3 dan omega 6. Minyak zaitun juga mengandungi bahan anti oksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.
JANTUNG, DARAH TINGGI, STROKE & KOLESTEROL

Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan Utara Eropah. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research tahun 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof. Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko yang lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok, kolesterol tinggi. Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari dan penyumbatan saluran darah(thrombosis).
Kajian
lain yang dijalankan di National Institute of Health and Medical
Research (INSERM) di Bordeaux, Peranchis menunjukkan pengambilan minyak zaitun
setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok. Kajian ini dilaporkan dalam
jurnal perubatan Neurology pada tahun 2011 yang menunjukkan seseorang yang
mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41% risiko yang lebih
rendah mendapat strok berbanding dengan seseorang yang tidak mengambil minyak
zaitun.
Dalam satu kajian oleh ahli sains daripada Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitortahun 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun kepada 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu akan membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkat kolesterol HDL. Saintis berpendapat kesan ini adalah kerana kandungan asid oleic (MUFA), phenol dan vitamin E didalam minyak zaitun ini.
Terdapat juga kajian yang diterbitkan dalam British Medical Journal pada tahun 2012 menunjukkan pemakanan dengan mengoreng menggunakan minyak zaitun dan minyak bunga matahari tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung. Kajian ini melibatkan 40,000 orang peserta yang dijalankan oleh University Madrid di Sepanyol. Walaupun menggoreng menggunakan minyak zaitun akan mengurangkan khasiatnya, tetapi ianya tetap memberikan manfaat dengan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.
KANSER PAYUDARA
Satu lagi kajian yang menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara. Satu pasukan ahli sains daripada Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkan dalam tahun 2010. Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel-sel kanser payudara secara spontan. Kajian ini menunjukkan minyak jagung yang kaya dengan omega 6 mempunyai kesan yang bertentangan dengan minyak zaitun. Oleh itu pengambilan minyak zaitun ini boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit yang merbahaya ini.
ALZHEIMER & KEMURUNGAN
Kajian yang khusus tentang penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya. Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer ini mempunyai kadar yang rendah dikalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding dengan wilayah lain diseluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada tahun 2013.
Terdapat
pelbagai lagi kajian-kajian saintifik yang dijalankan diseluruh dunia yang
menunjukkan kelebihan penggunaan minyak zaitun ini mengurangkan risiko
penyakit-penyakit seperti masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak
pankreas akut (acute pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan
penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).
Petikan dari: http://doknorm.blogspot.my/
Habbatus Sauda: Dari minda Seorang Doktor
HBS sebagai makanan tambahan( supplement ).
Sebelum mengenali Habbatus Sauda sekiranya pesakit saya bertanyakan perihal makanan tambahan maka dengan kadar segera saya menyarankan berbagai-bagai jenis vitamin yang sedia ada di kedai-kedai farmasi-farmasi. Ini termasuklah vitamin pelbagai (multivitamin), vitamin C, Vitamin B kompleks dan lain-lain yang kebanyakkan melalui proses kimia sintesis.
Walaubagaimana persepsi saya berubah sedikit demi sedikit setelah saya mengenali beberapa jenis makanan semulajadi termasuk Habbatus Sauda, madu, halba, propolis, ginseng dan lain-lain. Semua jenis makanan ini saya kategorikan sebagai makanan berfungsi tinggi ( functional food ). 2013
Makanan berfungsi berdasarkan takrifan adalah kumpulan makanan bernutrisi tinggi yang menyediakan zat nutrien melampui makanan biasa dan Habbatus Sauda termasuk di dalam kategori ini. Contoh komponen yang berfungsi khusus kepada Habbatus Sauda adalah kumpulan nigellone dan thymoquinone. Komponen-komponen makanan berfungsi ini selalunya akan sentiasa dikaji oleh para saintis untuk tujuan perubatan khusus dan kesihatan umum.
Adakah Habbatus Sauda sesuai untuk dijadikan makanan tambahan? Jawapan saya sudah tentu.
Di topik seterusnya saya cuba meringkas sebahagian dari kajian yang telah dilakukan terhadap biji-biji hitam ini. Selepas itu para pembaca buatlah penilaian sendiri samada baik atau tidak menjadikan Habbatus Sauda sebagai asas pemakanan tambahan.
Saya mengambil lebih kurang 500 miligram ke 2 gram sehari Habbatus Sauda sebagai ikthiar untuk kekal sihat disamping mengamalkan cara pemakanan yang baik. Saya pernah memakan Habbatus Sauda dalam bentuk kapsul minyak, kapsul serbuk dan juga minyak Habbatus Sauda yang boleh di minum terus.
Saya pernah mengunyah biji-biji hitam dan rasanya pahit dan sedikit pedas. Buat masa ini saya masih belum mencuba mencampurkannya dengan makanan. Saya juga mengamalkan pengambilan sesudu madu yang dicampurkan segelas pada setiap pagi selain makanan sunnah lain yang baik untuk kesihatan.
Dipetik dari buku: HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR
REMPAH - Dr Zulkifli Mohamed Sharif
Rabu, 6 April 2016
KHASIAT UMUM VCO (Virgin Coconut Oil)
KHASIAT UMUM VCO (Virgin Coconut Oil)
1. Melegakan pernafasan
-mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
-mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
2. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
Menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis
Menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis
3. Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh
Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan. Badan anda akan rasa lebih bertenaga
Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan. Badan anda akan rasa lebih bertenaga
4. Didalam usus kecil dan usus besar ia akan memusnahkan organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protoza (cacing). Oleh itu penghadaman akan mencapai pada tahap maksimum.
5.Mengurangkan keadaan mudah lapar
Bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal tidak perlu makan banyak dan kerap.
Bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal tidak perlu makan banyak dan kerap.
6.Mengurangkan kandungan lemak badan
Berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang
Berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang
7. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
Mengelak terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung
Mengelak terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung
8. Mempercepat penggantian sel sel mati dengan yang baru
9. Mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.
Jom dapatkan VCO keluaran Syifaie
Betul ke habbatus sauda baik untuk kesihatan?
AKHIR-AKHIR INI RAMAI YANG MENGKRITIK TENTANG KHASIAT HABBATUS SAUDA DAN MENOLAK SARANAN UNTUK MENGAMALKANNYA
JOM KITA LIHAT PULA APA PANDANGAN DOKTOR TENTANG HABBATUS SAUDA
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya petik salah satu sahaja dari hadis sahih yang saya temui tanpa menghuraikan dengan lebih lanjut.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut” (Riwayat Imam Bukhari).
Hadis ini lah yang telah membawa saya menerokai sebahagian dari kajian-kajian khusus terhadap bahan aktif didalam biji Habbatus Sauda di journal-journal saintifik yang rupa-rupanya sangatlah banyak. Kajian-kajian buat masa ini banyak dilakukan di Asia Barat, India dan Sri Lanka. Saya hanya menjumpai sedikit sahaja catatan journal dari negara kita.
Di perhatikan juga HBS telah menarik mula minat para pengkaji barat untuk melihat keberkesanannya terhadap kanser. Pengamatan saya sudah ada lebih dari 400 journal saintifik sudah di terbitkan melibatkan kajian yang dilakukan ke atas haiwan dan manusia.
=========================================
Tulisan ini adalah dari Dr. Zulkifli Mohamed Sharif , beliau merupakan lulusan Sains Perubatan dari University Of Queensland , Australia. Terkini saya bertugas sebagai pengamal perubatan swasta di Klinik CyberMedik Shah Alam.
------------------------------------------------------------------
Dipetik dari buku: HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR
REMPAH
Dipetik dari buku: HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR
REMPAH
Langgan:
Catatan (Atom)
THYME: mengenali apakah tumbuhan ini serta khasiatnya
Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan un...

-
Puan Aishah binti Lazim 73 tahun , warga emas- mengalami masalah kurang bertenaga. Selepas mencuba Kapsul Minyak Habatus Sauda, beliau ...
-
• ANDA MEMPUNYAI SIMPTOM DEMAM, BATUK ATAU SELESEMA? • ANDA BEKERJA DALAM KEADAAN SEJUK? • ANDA MEMPUNYAI ANAK YANG SUKAR MEMAKAN UBAT...
-
Habbatus Sauda & Khasiatnya Jintan hitam atau Habbatussauda adalah herba yang dapat digunakan sebagai tanaman ubat. Rempah ini berb...