Isnin, 18 April 2016
Habbatus Sauda: Dari minda Seorang Doktor
HBS sebagai makanan tambahan( supplement ).
Sebelum mengenali Habbatus Sauda sekiranya pesakit saya bertanyakan perihal makanan tambahan maka dengan kadar segera saya menyarankan berbagai-bagai jenis vitamin yang sedia ada di kedai-kedai farmasi-farmasi. Ini termasuklah vitamin pelbagai (multivitamin), vitamin C, Vitamin B kompleks dan lain-lain yang kebanyakkan melalui proses kimia sintesis.
Walaubagaimana persepsi saya berubah sedikit demi sedikit setelah saya mengenali beberapa jenis makanan semulajadi termasuk Habbatus Sauda, madu, halba, propolis, ginseng dan lain-lain. Semua jenis makanan ini saya kategorikan sebagai makanan berfungsi tinggi ( functional food ). 2013
Makanan berfungsi berdasarkan takrifan adalah kumpulan makanan bernutrisi tinggi yang menyediakan zat nutrien melampui makanan biasa dan Habbatus Sauda termasuk di dalam kategori ini. Contoh komponen yang berfungsi khusus kepada Habbatus Sauda adalah kumpulan nigellone dan thymoquinone. Komponen-komponen makanan berfungsi ini selalunya akan sentiasa dikaji oleh para saintis untuk tujuan perubatan khusus dan kesihatan umum.
Adakah Habbatus Sauda sesuai untuk dijadikan makanan tambahan? Jawapan saya sudah tentu.
Di topik seterusnya saya cuba meringkas sebahagian dari kajian yang telah dilakukan terhadap biji-biji hitam ini. Selepas itu para pembaca buatlah penilaian sendiri samada baik atau tidak menjadikan Habbatus Sauda sebagai asas pemakanan tambahan.
Saya mengambil lebih kurang 500 miligram ke 2 gram sehari Habbatus Sauda sebagai ikthiar untuk kekal sihat disamping mengamalkan cara pemakanan yang baik. Saya pernah memakan Habbatus Sauda dalam bentuk kapsul minyak, kapsul serbuk dan juga minyak Habbatus Sauda yang boleh di minum terus.
Saya pernah mengunyah biji-biji hitam dan rasanya pahit dan sedikit pedas. Buat masa ini saya masih belum mencuba mencampurkannya dengan makanan. Saya juga mengamalkan pengambilan sesudu madu yang dicampurkan segelas pada setiap pagi selain makanan sunnah lain yang baik untuk kesihatan.
Dipetik dari buku: HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR
REMPAH - Dr Zulkifli Mohamed Sharif
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
THYME: mengenali apakah tumbuhan ini serta khasiatnya
Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan un...

-
Puan Aishah binti Lazim 73 tahun , warga emas- mengalami masalah kurang bertenaga. Selepas mencuba Kapsul Minyak Habatus Sauda, beliau ...
-
• ANDA MEMPUNYAI SIMPTOM DEMAM, BATUK ATAU SELESEMA? • ANDA BEKERJA DALAM KEADAAN SEJUK? • ANDA MEMPUNYAI ANAK YANG SUKAR MEMAKAN UBAT...
-
Habbatus Sauda & Khasiatnya Jintan hitam atau Habbatussauda adalah herba yang dapat digunakan sebagai tanaman ubat. Rempah ini berb...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan