Rabu, 6 April 2016

Betul ke habbatus sauda baik untuk kesihatan?

AKHIR-AKHIR INI RAMAI YANG MENGKRITIK TENTANG KHASIAT HABBATUS SAUDA DAN MENOLAK SARANAN UNTUK MENGAMALKANNYA
JOM KITA LIHAT PULA APA PANDANGAN DOKTOR TENTANG HABBATUS SAUDA
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya petik salah satu sahaja dari hadis sahih yang saya temui tanpa menghuraikan dengan lebih lanjut.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut” (Riwayat Imam Bukhari).
Hadis ini lah yang telah membawa saya menerokai sebahagian dari kajian-kajian khusus terhadap bahan aktif didalam biji Habbatus Sauda di journal-journal saintifik yang rupa-rupanya sangatlah banyak. Kajian-kajian buat masa ini banyak dilakukan di Asia Barat, India dan Sri Lanka. Saya hanya menjumpai sedikit sahaja catatan journal dari negara kita.
Di perhatikan juga HBS telah menarik mula minat para pengkaji barat untuk melihat keberkesanannya terhadap kanser. Pengamatan saya sudah ada lebih dari 400 journal saintifik sudah di terbitkan melibatkan kajian yang dilakukan ke atas haiwan dan manusia.
=========================================
Tulisan ini adalah dari Dr. Zulkifli Mohamed Sharif , beliau merupakan lulusan Sains Perubatan dari University Of Queensland , Australia. Terkini saya bertugas sebagai pengamal perubatan swasta di Klinik CyberMedik Shah Alam.
------------------------------------------------------------------
Dipetik dari buku: HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR
REMPAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THYME: mengenali apakah tumbuhan ini serta khasiatnya

Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan un...